Orang bercinta
Friday, May 11th, 2007I dedicate this maybe-not-too-good-but-still-good-poem to my brothers and sister back home, may Allah show you whats the best. Amin. =)
Orang bercinta,
Indah sungguh dunia,
Lagak rasa seperti dalam drama Korea, Japan,
Tak pun, macam dalam filem Hindustan,
Alahai, itu semua cerita, memang lazat dilayan, diulit angan angan,
Aku,
Aku pun begitu,
Seronoknya kalau aku ada Choon-hyang di sisi,
Yoo-rin di dakapan,
Ryoko Hirosue di hadapan,
Aragaki Yui bersama-sama belajar denganku,
Atau Mimasaka Nagasawa berjalan-jalan disampingku di bawah pokok eucalyptus yang kian botak dek musim luruh,
Alahai, semua itu hanya angan-anganku,
Harapnya aku bukan seperti Mat Jenin,
Kusedar, sekuat mana hati ini menjerit memintaku,
Untuk merealitikan angan-angan ini,
Aku tidak bisa melakukannya,
Semua ini hanya ujian,
Aku bimbang,
Jika..kalau aku bercinta,
Kalau aku bercinta dengan seseorang bukan kerana Allah,
atau jika cinta itu membuatkan aku tidak dekat pada Allah,
atau jika cinta itu membuatkan aku ingkar pada Allah,
atau jika cinta itu membuatkan aku derhaka pada ibuku, ayahku,
mengabaikan keluargaku di kampung,
yang mengharapkan aku berjaya di tempat orang,
alangkah sedihnya cinta itu,
sedihnya karena cinta itu tidak dapat menggembirakan orang lain,
hanya si kekasih, pencinta berasa bahagia,
sedangkan orang di sekeliling penuh derita hati,
Ibubapanya hiba, bingung, mati akal,
Risau kemana anak yang dikenal satu masa dahulu itu hilang?
Anaknya yang selalu sayangkannya, baik, rajin,
Dulunya bisa ada masalah, terus kepada ibu, ayah mengadu,
Dulunya bisa sakit, ibu lah yang menjaga dengan kasihnya,
Dulunya ketika bayi, nyamuk seekor terbang,
Dikejar diamuk satu kampung nyamuk itu oleh si ayah..
Alahai, cintakah itu?
Sedangkan baru kusedar setelah sekian lama diulit angan-angan,
Cinta pada Rab, cinta hakiki,
Cinta pada ibubapa cinta mulia,
Ku tidak bisa membuat ibu menangis jika kuberkeras,
Berkeras ala-ala hero Korea, Jepun, Hindustan,
Untuk bertemu kekasihku.
Aduh, bukankah ada disebut,
"Jika ibumu menangis sedih keranamu, maka murka Allah itu ada padamu."
Aduh, celakalah aku!
Bukan sahaja cinta itu buta,
Menjadikan ku seorang anak tak kenang budi,
Ia membuatkan kubuta pada perintah-laranganNya,
Bukankah haram hukumnya berdua-duaan,
Aduh, aduh, aduh!
Apakah kiranya aku masih berpeluang menebus kesalahanku?
Pening ayahku, bolehkah dihilangkan?
Sakit hati ibuku, bolehkah disembukan?
Murka Raja segala Raja, bolehkah ku mendapat ampunNya?…
Sedarilah, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pemurah dan Penyayang.
Sedarilah keluargamu selalu di situ.
Air dicincang takkan putus.
Alangkah lega hatiku….